Sedih bila kisah lalu diungkit kembali..
Sedih bila kisah orang yang sudah tiada didedahkan..
Sedih bila dipersalahkan kerana memporak perandakan keluarga..
Sedih bila isu yang hendak dibincang tidak pernah ingin dibawa berbincang..
Sedih bila hanya kita lebih muda, kita dikatakan kurang ajar!..
Sedih bila anak-anak tidak mampu mempertahankan hak ibu dan ayah nya..
Sedih bila harta menjadi rebutan..
Sedih bila sesuatu pengorbanan diperkotak-katikkan..
Sedih bila ada orang yang cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku..
Sedih bila orang yang kita pernah percaya membelakangkan kita..
Sedih bila memikirkan dimanakah keikhlasan selama ini..
Sedih bila tidak lagi mampu duduk di tempat yang sudah lama didiami..
Sedih bila kenangan dan nostalgia yang ada akan dipadamkan secara paksa..
Buat mak tersayang.. Sabar lar dengan dugaan ini dan ingat lar anak-anak mu sentiasa ada bersamamu..
Buat adik-beradik ku semua.. Bersatu lar kita sampai akhir hayat.. Jangan harta menjadi rebutan.. Jadikan lar ini satu pengajaran yang sangat mahal.. Semoga anak-anak kita tidak perlu melalui situasi begini..
Ya Allah! aku percaya apa yang berlaku ada hikmah nya.. aku juga berdoa semoga orang yang memperlakukan kami sedemikian akan satu hari nanti menyedari apa yang berlaku adalah satu kesilapan besar yang pernah mereka lakukan.. aminnn
No comments:
Post a Comment